Info - Isyarat tangan Marshall semasa konvoi

Handsign / Isyarat tangan...

Memandangkan suasana konvoi yang bising dengan deruan angin & engine ..komunikasi jerit menjerit memang tak sesuai ketika berkonvoi. Oleh itu isyarat tangan digunakan... dan isyarat tangan ni perlu disampaikan-sampai la ke orang belakang.. bukan leader atau marshal saja yg buat.. semua ahli konvoi kalau boleh kena buat... nanti orang belakang tak tahu lak apa jadi kat depan...

antaranya isyarat tangan yang digunakan.......

Sedia :

Ketika mula konvoi, kalau nampak Marshal/Leader buat camni.. ni bukan diorang nak kata korang bagus / tak.. ni nak tanya korang dah ready ke nak gerak.. klu dah ready, balas la balik mcm tu gak.. tak ready.. pandai2 la jerit.. atau bleh bagitau marshal yang berdekatan...


Hidupkan Enjin :

Bila semua dah ready, Start your engine.. Vroommm... Vroomm..


Tambah Kelajuan :

ketika tengah2 konvoi, kadang2 korang akan nampak marshal atau orang depan korang buat mcm ni.. ni tandanya nak suruh korang laju sikit..ni kompom korang dah tertinggal ni... sila pastikan jarak korang ngan motor depan x jauh sangat (jarak 60cm-anggaran).... kita tak mau nanti ada kenderaan lain suka2 masuk tengah2 konvoi.....


Perlahankan Kenderaan :

Oiit2.. korang nak berkonvoi... bukan nak merempit ..
Setiap kali korang perlahankan motor korang, nak masuk simpang ke,berenti ke, trafik light merah... ni la sign nak guna....


Bahaya di Kiri :

Kalau korang perasan lopak ke apa kat depan.. jangan la simpan sorang2.. bengkok rim orang belakang nanti...sign ni digunakan utk semua jenis bahaya kat depan mcm kalau ada lopak,ada kenderaan rosak, baikpulih jalan, aweks angkat skirt nak tumpang ke dan macam2 lagik....


Bahaya di kanan :

gunanya mcm td gak,kalau ada lopak,ada kenderaan rosak,baikpulih jalan, aweks angkat skirt nak tumpang.. bla3x .. tapi memandangkan tangan dok sibuk pulas trotel.. kaki digunakan.....


Belok Kiri :

ketika menghampiri simpang kiri


Belok Kanan :

Ni pulak kalau nak belok kanan.


Berhenti :

Berhenti la jawabnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika berkonvoi, bergantung kepada keadaan jalan... konvoi akan bergerak samada dalam satu line atau 2 line (zigzag/anak itik)

Satu Line
Leader/marshall akan beri isyarat macam ni :


dan konvoi akan bergerak..macam ni.. jarak antara motor korang ngan motor depan adalah 60cm atau "sejibik motor" ..



Dua Line/Zig Zag

Bila jalan cukup lebar untuk buat 2 line dengan selamat.... Leader akan buat mcm ni :


dan konvoi akan bergerak dalam bentuk zigzag macam ni.... sekali lagi... jarak antara motor korang ngan motor depan adalah 60cm atau "sejibik motor" .. tujuannya supaya kalau tetiba nak tukar jadi satu line... mudah motor belah kanan nak masuk kat line kiri tu...(gambar marshall tak nampak pasai ada kat dpn).... )


Contoh dari 2 line ke 1 line


8 ulasan:

  1. Terbaik..... terima kasih atas info...

    BalasPadam
  2. terima kasih atas info yang di berikan..

    BalasPadam
  3. Terima kasih bosku atas petuntujuk yg btol Dan jelas

    BalasPadam
  4. Terbaik... Menambahkan ilmu dlm ride... Ini semua main jerit je.. Hahahaa... Apapun sgt berguna.. T. Kasih....

    BalasPadam